Ceriteraku

Wednesday, 4 January 2012

Hukum FITNAH!!! Takutlah pada hukuman ALLAH...

Assalamulaikum wbt...

Bersykurlah kita kerana masih lagi bernafas di bumi Allah swt ini... isu yang nak aku kupas hari ni ialah FITNAH!!!

SESUNGGUHNYA FITNAH merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (Maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah)

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud:

Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelangmalam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah.

Ia seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang Muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit. (Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripadaAbu Hurairah)

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafik.Ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat keranamahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam
1. Fitnah melalui kepimpinan negara.
2. Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.
3. Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.
4. Fitnah melalui ungkapan.
5. Fitnah melalui penulisan.
6. Fitnah melalui iklan produk.
7. Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.
8. Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.
9. Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.
10. Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.


www.gempak.org/forum/showthread

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “peliharalah diri kamu daripada kekejian kerana Allah s.w.t membenci kekejian dan tidak membuat kekejian “ diceritakan oleh Ibnu Hiban dari Abu Hurairah.

Hadis lain pula menceritakan (Ibnu Abas) bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. melarang para sahabat memaki orang musyriq yang terbunuh dalam peperangan Badar. Rasulullah melarang para sahabat memaki-hamun orang musyriq yang telah mati walaupun orang itu tidak beriman kepada Allah, malah menduakan Allah, kerana maki-hamun itu tidak didengar oleh yang dah mati, ianya semata-mata menyakiti orang yang masih hidup.

Jelas kedua-dua maksud hadis di atas melarang keras orang Islam tanpa mengira ilmu, kedudukan dan warna kulit mengeji orang atas apa sifat sekali pun kalau pun orang itu tidak Islam. Kalau mengeji sesama Islam hukumnya haram...


Ya, dalam menempuh kehidupan ni kita diuji & diduga oleh Allah swt... Sesungguhnya manusia yang diuji oleh Allah swt adalah manusia yg di SAYANGI oleh Allah swt... Aku harap orang yang fitnah kami melakukan perbuatan yg dilaknat Allah supaya mendapat petunjuk & hidayah dariNYA...tiada perkara yang lebih mulia selainkan memaafkan saudara seagama... Dari kita terus mencela dan menuding jari menyalahkan org lain lebih baik kita bermuhasabah diri.  

Cerminlah diri adakah kita adalah manusia yg benar2 beriman? Adakah kita manusia yg sudah confirm tempatnya di dalam Syurga Allah? Adakah kita manusia yg paling mulia di sisi Allah? Adakah kita manusia yang tidak pernah melakukan dosa? Sekiranya tiada satupun kita di atas, maka bersegeralah memohon keampunan kepada Allah... Sentiasalah beristighfar & jangan sesekali memFITNAH sesama saudara seagamamu... Sesungguhnya FITNAH lebih keji daripada membunuh...Renung2 kanlah & Selamat beramal wahai kaum MUSLIMIN & MUSLIMAT....

SUMBER: 
www.gempak.org/forum/showthread
http://tingkat-6.blogspot.com

No comments:

Post a Comment