Sunday 8 September 2013

Tentang Hati...

Assalamualaikum wbt...

Manusia sering kali diuji dengan pelbagai ujian & dugaan.. terkadang dari hati yang kerdil ni ada pelbagai rasa yang dipendam & tak siapa pun yg memahami rintihan hati ni...
Terkadang hati menjadi terlalu mudah untuk terluka walau kita menjaga & melindungi sebaik mungkin...
Hanya Allah swt yg lebih mengerti tentang rasa hati ni... sunyi, sendirian, perit hanya diri ini yg merasai tp tidak insan lain... Pengertian tentang hati, semoga kau terus tabah dalam mengharungi cabaran yg tidak putus2 mendatang...

Tentang hati...apehal letak gambar laki bini ni pulak tskkk...

Tuesday 2 April 2013

Al-Kisah Suami Isteri (Birthday En.Suami)

Assalamualikum wbt...

Ehem, al-kisahnya bermula apabila sepasang suami isteri yg  takde hala tuju nak buat apa hari sabtu lepas...
Maka si suami pun mengajak si isteri pergi berjalan membuang masa...
Akhirnya, si suami pun ajak pegi ke KL Festival City konon-kononnya nak tengok wayang ceghite Oz the Great and Powerfull ke apa ntah (sebab jumaat tu dah tengok GI JOE pastu takde idea dah nk tengok ceghite apa)
Pusing punya pusing, tengok lambat lagi nak start movie nya, si suami pun cakap malas la tengok wayang.. Adoiii, bosannye tak tau nak buat apa setakat jenjalan je... 
Kemudian si isteri baru teringat yang esok tu 31/3/13 adalah birthday suami kesayangannya.. dengan gembiranya si isteri pun berkata nak belanja hehehe.. (berbunga-bunga hati suami) bukan tak nak celebrate hari ahad tu, tapi disebabkan suami akan berangkat ke Sabah ahad tu, jadi kena la celebrate awal.. sob..sob..sob...

Cari-cari tempat yang sesuai, last-last decide kat Secret Recipe je la sebab ada kek kan...

Tada....


kek untuk suami tersayang (LUV U)

muka riang gumbira ;p

si isteri yang makin tembam

HAPPY BIRTHDAY ABANG yang ke **
Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang soleh, solehah  dan jodoh kita berkekalan sampai syurga.. AMINNNNN....

P/S: Pasangan jarak jauh macam aku ni kena la banyak bersabar. Suami balik masa cuti sekolah je.. 
Masa kami bersama pun terhad...
Kadang-kadang tu hati ni membentak-bentak juga nak hidup macam pasangan yang lain, 
tapi nak buat macam mana, Allah swt dah tentukan ujian kami dalam bentuk ni.. 
Jadi, kuatkan lah semangat, mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita sendiri tak tahu kan.. Chayok-Chayok!!! =)

Wednesday 16 January 2013

Dilema Pasangan PJJ



Apabila membincangkan mengenai institusi perkahwinan, pasti ramai pasangan pada masa kini yang menghadapi dilema perkahwinan jarak jauh. Hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor utama antaranya ialah faktor ekonomi. Perkara seumpama ini sudah menjadi keperluan semasa kerana kedua-dua pihak, baik suami mahupun isteri masing-masing memilih untuk sama-sama bekerja bagi memantapkan lagi ekonomi keluarga.
Perkahwinan itu sendiri membawa maksud penyatuan dua hati dari segi zahir dan batin. Pasangan yang telah berkahwin sudah tentu mengharapkan kehidupan berumah tangga lebih indah dan bermakna. Jujur, bertolak-ansur dan saling percaya-mempercayai menjadi kunci utama dalam menjaga kerukunan rumah tangga. Namun, tidak kesemua pasangan dapat melalui kehidupan berumah tangga dan melalui susah payah bersama. Terdapat ramai pasangan yang terpaksa menelan perit jerih sendiri disebabkan faktor ekonomi yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal berasingan dan berjauhan.
Saya tertarik dengan kisah seorang rakan yang telah beberapa tahun tinggal berasingan dengan pasangannya. Kecekalan rakan saya ini diharapkan dapat menjadi iktibar kepada pasangan lain yang turut merasai perkara yang sama. Sejak awal perkahwinan lagi, pasangan ini terpaksa menerima hakikat bahawa kehidupan rumah tangga mereka tidak akan  sama dengan pasangan yang lain. Si suami bekerja dengan kerajaan dan mempunyai banyak tanggungan. Manakala si isteri pula bekerja dengan pihak swasta dan mempunyai gaji melebihi suami.
Jadi, siapa yang perlu mengalah? Mungkin ada pandangan yang mengatakan bahawa si isteri perlu mengikut suami kerana si isteri perlu berada di sisi suami dan mungkin juga ada pandangan di sebaliknya. Berbalik pada kisah rakan saya tadi, setelah berkahwin si isteri disahkan hamil dan menambahkan lagi kekusutan pada pasangan ini. Selain dari faktor ekonomi yang semakin bertambah keperluannya, emosi si isteri sering tersentuh tatkala membuat pemeriksaan kandungan secara berkala di klinik kerajaan setiap bulan, mana tidaknya pasangan lain datang ke klinik ditemani suami tercinta, manakala si isteri ini tadi mujur ditemani oleh rakan karibnya.
Ini masih belum mencukupi untuk mengubati perasaan si isteri yang sedikit kecewa kerana suaminya tidak dapat menemaninya seperti yang diharapkannya.
Akhirnya rakan saya telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama. Apa yang menariknya ialah pendekatan yang digunakan oleh pasangan ini iaitu menjaga anak secara bergilir-gilir. Memang semasa 5 bulan pertama keluarga mertua banyak membantu menjaga si kecil, namun setelah anak mereka besar sedikit masing-masing bergilir-gilir menjaga anak agar keperluan anak tidak terabai dan anak masih lagi merasai kasih-sayang dari ibu dan ayah.
Bukan mudah untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini. Bagi pihak pasangan itu sendiri, sentiasalah bertolak-ansur agar setiap apa yang dilakukan dapat meringankan bebanan masing-masing. Banyakkan berdoa kepada Allah swt dan memohon agar setiap urusan akan dipermudahkan olehNya.
Di sinilah saya melihat konteks masyarakat sekeliling dalam hal ini, sebagai rakan kita seharusnya memberi sokongan moral kepada rakan yang mempunyai masalah PJJ ini. Peranan kita sangat penting bagi membantu rakan-rakan agar lebih kuat untuk mengahadapi ujian Allah swt dengan lebih tabah. Saya memerhatikan kadangkala masyarakat sekeliling menjadi api dalam sekam, bukannya mahu memberikan kata-kata semangat dan dorongan melainkan bertanya soalan yang boleh menyebabkan individu yang menghadapi PJJ ini lemah semangat. Soalan-soalan lazim yang biasa ditanya ialah suami awak tidak datang teman awak ke klinik ke? Bila suami awak boleh pindah ke sini? Suruhlah suami awak mintak tukar kerja dekat sini cepat? Dan pelbagai lagi soalan tidak masuk akal. Sudah-sudahlah bertanya soalan lazim sebegini kerana rakan kita ini sebenarnya tidak punya jawapan melainkan memendam rasa sedih.
Selain dari itu, pasangan perlulah sentiasa berbincang mengenai hala tuju perkahwinan mereka. Kadangkala faktor gaji sering diperdebatkan kerana mempunyai kewangan yang kukuh adalah penting pada zaman yang serba mencabar ini. Jikalau pendapatan bulanan isteri lebih tinggi apa salahnya si suami mengalah dengan berhenti bekerja.
 Terdapat kes yang dilaporkan di dada akhbar mengenai suami yang sanggup berhenti bekerja dan mengambilalih tugas isteri di rumah seperti memasak dan mengasuh anak. Si suami membuang egonya demi memastikan mereka dapat tinggal sebumbung dan keperluan keluarga dan anak-anak tidak terabai. Alangkah indahnya jika ada tolak ansur sebegini dalam kehidupan berumah tangga.
Begitu juga halnya jika pendapatan si isteri lebih rendah dari suami, apalah salahnya jika si isteri berkorban dengan berhenti kerja demi untuk menjamin kehidupan yang lebih baik dan teratur dalam berumah tangga. Pasti ramai yang akan mempertikaikan bahawa jika zaman sekarang ini hanya salah seorang pasangan sahaja yang bekerja, begaimana nak hidup? Berpegang teguh dan percayalah pada Qada’ dan Qadar dari Allah swt kerana sesungguhnya andai kita bersabar dengan ujian Allah swt ini insyaAllah Allah swt akan memberikan rezeki yang berlipat ganda kepada hambaNya. Berkorbanlah andai itu yang mendatangkan yang terbaik untuk rumah tangga kita. Percayalah bahawa rezeki Allah swt itu ada di mana-mana.
Anda juga perlu memikirkan mengenai anak-anak anda yang sedang membesar. Mungkin di awal perkahwinan anda boleh bertahan dengan situasi dan permasalahan ini, tetapi fikirkan pula apabila anak-anak anda semakin menginjak umur dan semakin membesar, mereka sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Anak-anak akan mula membanding-bandingkan situasi rakan-rakan mereka yang tinggal bersama dalam sebuah keluarga yang lengkap dengan keadaan mereka yang mempunyai ibu dan bapa tetapi tinggal berjauhan. Sudah tentu emosi mereka akan tergganggu.
Jadi, sentiasalah berfikir secara positif. Tidak semua manusia bernasib baik. Tetapi sebagai manusia, kita perlu sentiasa berusaha dan berdoa agar perjalanan hidup kita berjalan dengan baik dan mendapat keredhaan daripada Allah swt. Elakkan dari berfikiran negatif, kerana semakin kita tertekan maka kita akan menghilangkan vitamin C dalam badan dan tubuh akan tidak bermaya malahan boleh mendatangkan banyak penyakit yang memudaratkan seperti hypertensi dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, berkorbanlah untuk kebaikan keluarga dan anak-anak kerana setiap pengorbanan yang kita lakukan pasti akan mendapatkan hasil yang menggembirakan. Apabila kita menanam benih, pasti kita mengharapkan akan membuahkan hasil yang manis dan menguntungkan. Jadi, jangan mudah berputus asa. 


Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan daripada kakinya untuk menjadi alasnya, tetapi dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai.

  Sabar dan saling mempercayai kunci kebahagiaan
 
^LOVE^





~Jalan-Jalan VS Honeymoon~

^Melaka Lagi hehehe^

Rindunye kt en.suami yg nun jauh di sana huhu :(

Bersambung...