Monday 19 December 2011

Dah lame daku tidak menulis...mood dtg la!!!


Tarian Alam

Pepohon nan kehijauan
Menghibur hati duka lara
Menghadirkan ketenangan
Di pentas duniawi

Rasa yang bertunas itu lalu direntap
Tanpa ihsan
Tanpa belas
Merobek-robek hingga dalam lukanya

Warnamu yang dulunya kehijauan
Kini tinggal kesebuan
Kau tersungkur menyembah bumi
Dek kerana tangan-tangan manusia menodaimu rakus

Pepohon habis ditarah
Memuntahkan sisa kudrat untuk bertahan
Memohon simpati manusiawi
Mengharap ada sinar buat generasi mendatang

Dah lame tak menulis...beginilah hasilnya..
Faham ke?? 
Cuba lah teliti maksudnya... kalau faham tu dah kira okey la kan hihihi...

No comments:

Post a Comment