Friday 21 October 2011

Bulan Bahasa Kebangsaan...

Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998). Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan sebagai satu kesinambungan usaha yang berterusan ke arah memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu sebagaimana yang termaktub dalam Fasal 152, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Perlembagaan Persekutuan. Mulai tahun 2009 juga kerajaan telah bersetuju  BBK  disambut pada bulan Oktober setiap tahun dan dimasukkan ke dalam kalendar aktiviti nasional.

Pelbagai aktiviti menarik telah direncanakan seperti Kenduri Bahasa, Pertandingan Bercerita dan Bijak Bahasa untuk pelajar, pertandingan kesenian pelbagai kaum, bicara tokoh/pejuang bahasa, Pertandingan Berbalas Pantun antara IPTA, Pertandingan Pidato, Khemah Bahasa, Sayembara  Deklamasi Puisi, Pertandingan Eja Tulisan Jawi, Festival Teater Pendek, pementasan bangsawan dan teater serta banyak lagi.

Sumber: vectorise.net/.../2011/05/.../bulan-bahasa-kebangsaan
              klikweb.dbp.my

Bahasa Melayu merupakan satu instrumen yang memainkan peranan penting sebagai agen pembentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kehebatan bahasa Melayu telah bermula semenjak era kegemilangan kesultanan Melayu Melaka apabila bahasa Melayu pernah diangkat sebagai Lingua Franca dan dikenali di seluruh dunia. 
Kedudukan bahasa Melayu di Malaysia telah diperkukuhkan apabila dipilih menjadi bahasa kebangsaan negara & termaktub dalam perkara 152 perlembagaan persekutuan.  
Dalam bidang pendidikan pula, Laporan Razak telah dikemukakan pada tahun 1956 dan mencadangkan agar bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah. Seterusnya  Laporan Razak ini telah dikaji semula dan lahirlah Penyata Rahman Talib pada tahun 1960. Antara syor yang dicadangkan dalam penyata ini ialah:
•BM dijadikan bahasa pengantar di Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, dan Institusi
 Pengajian Tinggi
•Semua peperiksaan dalam bahasa Melayu
•Calon wajib lulus bahasa Melayu untuk masuk kesekolah menengah.

Oleh hal yang demikian, bersempena dengan bulan bahasa pada bulan Oktober ini ayuhlah
semua rakyat Malaysia kita berikan sokongan yang padu dalam menyemarakkan lagi
sambutan bulan bahasa. Sayangilah bahasa kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa!

    Lagu Bahasa Jiwa Bangsa:
  Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia
dengan Satu Bahasa

Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa


Gambar bersama anak didik sempena sambutan Hari Bahasa di Kolej semester lepas

 Ni pula gambar AJK bersama pemenang kategori Pidato
Saja nak letak gambar mereka ni huhuhu
 

No comments:

Post a Comment