Friday 21 October 2011

Ibadah Haji... Allahuakbar!!

Ibadah haji merupakan suatu kewajipan bagi umat Islam yang sudah sanggup untuk melaksanakannya, baik itu secara jasmani mahupun secara rohani, sanggup di sini menunjukkan kepada kesanggupan untuk menyediakan bekal selama perjalanan sampai pulang ke negerinya kembali. Begitu juga sanggup di sini bererti mempunyai harta untuk keluarga yang dtinggalkannya selama melaksanakan ibadah haji. Seorang fakir yang tidak mempunyai harta untuk diri dan kelurganya maka tidaklah wajib baginya melaksanakan ibadah haji. Begitu juga ketika seseorang memiliki harta yang cukup untuk bekalan tetapi tidak ada kenderaan untuk pergi melaksanakan ibadah haji kerana tempatnya yang jauh dan tidak dapat ditempuh dengan berjalan kaki maka tidaklah wajib baginya ibadah haji. Begitu juga walaupun ada kenderaan tetapi perjalanannya tidak aman atau akan mendapatkan bermacam bahaya maka tidaklah juga wajib baginya untuk melaksanakan ibadah haji. 

Peri pentingnya ibadah haji ini, Rasulullah sangat menganjurkan ibadah ini dengan mengumpamakan bagi seorang yang sudah melaksanakan ibadah haji akan suci sebagaimana seorang bayi yang baru dilahirkan ke muka bumi, begitu juga bagi orang yang melaksanakan ibadah haji dan ia memperoleh haji yang mabrur, maka dia akan mendapat balasan syurga, sebagaimana yang dijelaskan hadits yang kita bacakan tadi.  
Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 197:" (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan Haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan  di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal. (QS. 2:197).

Sumber: http://alhijrah.cidensw.net

Alhamdulillah... kita semakin menghampiri bulan Zulhijjah yang penuh kemuliaan... Sememangnya ibadah haji merupakan rukun Islam yang ke 5 dan sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan & kesihatan.  Alangkah ruginya jika kita mempunyai mentaliti "ala... tunggu umur 50 atau 60 la baru pergi haji". Ingat ya, sementara umur masih muda dan kesihatan masih baik inilah kita seharusnya mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah haji (bagi yang berkemampuanlah). Cuba kita ubah mentaliti ni wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian. Peringatan ini ditujukan untuk diri sendiri juga...tapi sayangnya masih belum mampu lagi.. Niat memang sudah tertanam jauh di sudut sanubari, InsyaAllah jikalau ada rezki pasti kaki ini akan menjejaki Makatul Mukaramah jua bersama keluarga tercinta. Aminn...

Tanah suci... tumpuan umat Islam dari seluruh dunia!
Proud to be MUSLIM!!!

No comments:

Post a Comment