Wednesday, 16 January 2013

Dilema Pasangan PJJ



Apabila membincangkan mengenai institusi perkahwinan, pasti ramai pasangan pada masa kini yang menghadapi dilema perkahwinan jarak jauh. Hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor utama antaranya ialah faktor ekonomi. Perkara seumpama ini sudah menjadi keperluan semasa kerana kedua-dua pihak, baik suami mahupun isteri masing-masing memilih untuk sama-sama bekerja bagi memantapkan lagi ekonomi keluarga.
Perkahwinan itu sendiri membawa maksud penyatuan dua hati dari segi zahir dan batin. Pasangan yang telah berkahwin sudah tentu mengharapkan kehidupan berumah tangga lebih indah dan bermakna. Jujur, bertolak-ansur dan saling percaya-mempercayai menjadi kunci utama dalam menjaga kerukunan rumah tangga. Namun, tidak kesemua pasangan dapat melalui kehidupan berumah tangga dan melalui susah payah bersama. Terdapat ramai pasangan yang terpaksa menelan perit jerih sendiri disebabkan faktor ekonomi yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal berasingan dan berjauhan.
Saya tertarik dengan kisah seorang rakan yang telah beberapa tahun tinggal berasingan dengan pasangannya. Kecekalan rakan saya ini diharapkan dapat menjadi iktibar kepada pasangan lain yang turut merasai perkara yang sama. Sejak awal perkahwinan lagi, pasangan ini terpaksa menerima hakikat bahawa kehidupan rumah tangga mereka tidak akan  sama dengan pasangan yang lain. Si suami bekerja dengan kerajaan dan mempunyai banyak tanggungan. Manakala si isteri pula bekerja dengan pihak swasta dan mempunyai gaji melebihi suami.
Jadi, siapa yang perlu mengalah? Mungkin ada pandangan yang mengatakan bahawa si isteri perlu mengikut suami kerana si isteri perlu berada di sisi suami dan mungkin juga ada pandangan di sebaliknya. Berbalik pada kisah rakan saya tadi, setelah berkahwin si isteri disahkan hamil dan menambahkan lagi kekusutan pada pasangan ini. Selain dari faktor ekonomi yang semakin bertambah keperluannya, emosi si isteri sering tersentuh tatkala membuat pemeriksaan kandungan secara berkala di klinik kerajaan setiap bulan, mana tidaknya pasangan lain datang ke klinik ditemani suami tercinta, manakala si isteri ini tadi mujur ditemani oleh rakan karibnya.
Ini masih belum mencukupi untuk mengubati perasaan si isteri yang sedikit kecewa kerana suaminya tidak dapat menemaninya seperti yang diharapkannya.
Akhirnya rakan saya telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama. Apa yang menariknya ialah pendekatan yang digunakan oleh pasangan ini iaitu menjaga anak secara bergilir-gilir. Memang semasa 5 bulan pertama keluarga mertua banyak membantu menjaga si kecil, namun setelah anak mereka besar sedikit masing-masing bergilir-gilir menjaga anak agar keperluan anak tidak terabai dan anak masih lagi merasai kasih-sayang dari ibu dan ayah.
Bukan mudah untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini. Bagi pihak pasangan itu sendiri, sentiasalah bertolak-ansur agar setiap apa yang dilakukan dapat meringankan bebanan masing-masing. Banyakkan berdoa kepada Allah swt dan memohon agar setiap urusan akan dipermudahkan olehNya.
Di sinilah saya melihat konteks masyarakat sekeliling dalam hal ini, sebagai rakan kita seharusnya memberi sokongan moral kepada rakan yang mempunyai masalah PJJ ini. Peranan kita sangat penting bagi membantu rakan-rakan agar lebih kuat untuk mengahadapi ujian Allah swt dengan lebih tabah. Saya memerhatikan kadangkala masyarakat sekeliling menjadi api dalam sekam, bukannya mahu memberikan kata-kata semangat dan dorongan melainkan bertanya soalan yang boleh menyebabkan individu yang menghadapi PJJ ini lemah semangat. Soalan-soalan lazim yang biasa ditanya ialah suami awak tidak datang teman awak ke klinik ke? Bila suami awak boleh pindah ke sini? Suruhlah suami awak mintak tukar kerja dekat sini cepat? Dan pelbagai lagi soalan tidak masuk akal. Sudah-sudahlah bertanya soalan lazim sebegini kerana rakan kita ini sebenarnya tidak punya jawapan melainkan memendam rasa sedih.
Selain dari itu, pasangan perlulah sentiasa berbincang mengenai hala tuju perkahwinan mereka. Kadangkala faktor gaji sering diperdebatkan kerana mempunyai kewangan yang kukuh adalah penting pada zaman yang serba mencabar ini. Jikalau pendapatan bulanan isteri lebih tinggi apa salahnya si suami mengalah dengan berhenti bekerja.
 Terdapat kes yang dilaporkan di dada akhbar mengenai suami yang sanggup berhenti bekerja dan mengambilalih tugas isteri di rumah seperti memasak dan mengasuh anak. Si suami membuang egonya demi memastikan mereka dapat tinggal sebumbung dan keperluan keluarga dan anak-anak tidak terabai. Alangkah indahnya jika ada tolak ansur sebegini dalam kehidupan berumah tangga.
Begitu juga halnya jika pendapatan si isteri lebih rendah dari suami, apalah salahnya jika si isteri berkorban dengan berhenti kerja demi untuk menjamin kehidupan yang lebih baik dan teratur dalam berumah tangga. Pasti ramai yang akan mempertikaikan bahawa jika zaman sekarang ini hanya salah seorang pasangan sahaja yang bekerja, begaimana nak hidup? Berpegang teguh dan percayalah pada Qada’ dan Qadar dari Allah swt kerana sesungguhnya andai kita bersabar dengan ujian Allah swt ini insyaAllah Allah swt akan memberikan rezeki yang berlipat ganda kepada hambaNya. Berkorbanlah andai itu yang mendatangkan yang terbaik untuk rumah tangga kita. Percayalah bahawa rezeki Allah swt itu ada di mana-mana.
Anda juga perlu memikirkan mengenai anak-anak anda yang sedang membesar. Mungkin di awal perkahwinan anda boleh bertahan dengan situasi dan permasalahan ini, tetapi fikirkan pula apabila anak-anak anda semakin menginjak umur dan semakin membesar, mereka sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Anak-anak akan mula membanding-bandingkan situasi rakan-rakan mereka yang tinggal bersama dalam sebuah keluarga yang lengkap dengan keadaan mereka yang mempunyai ibu dan bapa tetapi tinggal berjauhan. Sudah tentu emosi mereka akan tergganggu.
Jadi, sentiasalah berfikir secara positif. Tidak semua manusia bernasib baik. Tetapi sebagai manusia, kita perlu sentiasa berusaha dan berdoa agar perjalanan hidup kita berjalan dengan baik dan mendapat keredhaan daripada Allah swt. Elakkan dari berfikiran negatif, kerana semakin kita tertekan maka kita akan menghilangkan vitamin C dalam badan dan tubuh akan tidak bermaya malahan boleh mendatangkan banyak penyakit yang memudaratkan seperti hypertensi dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, berkorbanlah untuk kebaikan keluarga dan anak-anak kerana setiap pengorbanan yang kita lakukan pasti akan mendapatkan hasil yang menggembirakan. Apabila kita menanam benih, pasti kita mengharapkan akan membuahkan hasil yang manis dan menguntungkan. Jadi, jangan mudah berputus asa. 


Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan daripada kakinya untuk menjadi alasnya, tetapi dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai.

  Sabar dan saling mempercayai kunci kebahagiaan
 
^LOVE^





~Jalan-Jalan VS Honeymoon~

^Melaka Lagi hehehe^

Rindunye kt en.suami yg nun jauh di sana huhu :(

Bersambung...

Friday, 14 September 2012

Keserabutan melanda....

Tengok tajuk je dah tau yang tuan empunya belog nie memang hidup dengan keserabutan & kecacamarbaan sejak satu dua tiga menjak nie... Hadooi, pening la sampai tak tahu nak cerita macam mana.
Dengan persiapan kahwin yang tinggal 2 bulan lagi, dengan kerja-kerja office lagi, dengan tugas-tugas khas lagi, dengan kerenah pelajar-pelajar lagi haisssyyy berapa banyak dengan laa... maknanya memang serabuttt la sangatnya. Pelase 'cool' la sikit Cik Mai oii.. Macam awak sorang je yang serabut atas muka bumi nie...
Memang aku rasa macam tu pun, sampai aku tak tau nak dulukan kerja yang mana satu, lebih kurang macam nie la situasi aku sekarang...
             




Jadi, untuk menghilangkan seketika serabut yang melanda diri aku nie, baik layannn RUNNING MAN sekejap... Gelak-gelak tengok aksi Gwang Soo (huhuhuhuhu)




Okey, dah kurang sikit keserabutan nie weeeeeee!

                                                                                                                     


Thursday, 3 May 2012

Lirik Lagu Menginsafkan di Pagi Jumaat...


RAPUH- OPICK

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepada-Mu
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada-Mu

Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dada ku harap hanya
diri-Mu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
semua berakhir pada-Mu






Wednesday, 25 April 2012

Kesinambungan entri bff wedding

Assalamualaikum...

whoaa, pagi khamis yg mendamaikan, masa pn terluang ni...maka, dgn bersungguh2nya aku nk upload gambar2 dlm belog ni...walaupun dh basi pn xpe la kn huhu...

Lepas habis kenduri along nira hari tu, kami semua dh nekad (me, angah maizura + bro, alang ili, rosey, shida n teman tp mesranya) telah membuat satu plan membuang masa...iaitu... tinggg... menerjah Cameron Highlands dgn berbaju kurung kenduri pulak tu hakhak... pelik pun xmengapa la janji hati riang gumbira lalalala... Tak bnyk sgt la tempat yg kami sempat singgah memandangakn smpai di sana pun around 4-5pm gitu... Ni ada la beberapa pic kami yg hepy2 gitu... Nahhh!!!

Membajet ayu di tengah2 ladang teh

Angah maizura tercekik daun teh ngee~

 Apakah?? Mungkin ada putera kacak yg lalu di situ whoaa!

 3 sekawan geng NIRAZULIRAH

wewittt...aksi suap menyuap angah maizura & incik tunangnye hikhik


Happy moment...aku sentiasa merindui saat bersama kalian...semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila... InsyaAllah...***maap xde plk pic shida dgn teman tp mesranya tu***

Wednesday, 28 March 2012

BFF w3DdInG ^_^

Assalamualaikum...

Yeahh, kembali bersemangat nak mengupdate belog yg dah lama dibiarkan sepi tanpa kata ecece...

Hari jumaat lepas ambil cuti khas buat my dear bff masa study kt UPM, Along Nira...dia nikah hari jumaat (23/3/12) lepas asar... masa ni plan dgn member sorang lg Rosey, utk pergi kenduri sesama...

Tepat jam 3.30 ptg camtu kami pun sampai...ehehe, bakal pengantin xsiap lg masa nie...muka pn belum make up...apa pun happy untuk Along Nira, xsangka senyap2 dia yang kawen dlu dari kami...

Next day hari sabtu, majlis perkahwinan diadakan kt dewan bandaran Bt. Gajah...kt bawah nie aku letak la beberapa keping gambar sbg kenang-kenangan hee~ 

Lepas make up comelsss~

 Debaran kian terasa dup dap dup dap ahakss

 Yeay!! dh sah =)


 Pengantin menjeling-jeling suke suke

 Tahniah along Nira

 Next day: sabtu di dewan bandaran Bt Gajah Perak
'The Singgahsana'

 Pengantin dah sampai...sweet pink blue

 With ex classmate masa kt UPM

  Kami 4 sekawan...who's next??? Jeng jeng jeng ngeee~

 Jum makan...laparr dh perut teman nie~

 Hari yang ceria...alang Ili suka buat mulut gitu haha
Pose dlu...lps nie next plan.....tetttt


Hari-hari yang penat melayan kerenah ex classmate dlu...tapi besttt sesangat...bukan senang nk dpt berkumpul mcm ni lagi kan hehe...nanti kan plan kami yang seterusnya... ke mana?? di mana??
Apapun tahniah sekali lagi diucapkan kepada along Nira... Semoga dipanjangkan jodoh dan dapat baby yang comey2 ye...aminnnn