Kalau nak dihitung-hitung, banyak lagi tempat-tempat menarik kat Malaysia ni yang aku belum pernah pegi... Kadang-kadang aku ni berkira jugak kalau bab-bab nak perabih duit ni al-maklum lah nak bina masjid tak lama lagi...ececece (tapi kalau shopping xpe pulak hehehe)...
Al-kisahnya bulan 12 lepas adalah cuti sekolah, jadi aku pun ada keinginan jugak la nak naik Cameron Highlands... Apa kes duk kat ipoh, tapi Cameron Highlands pun tak pernah pegi (45 minit je pun dari Simpang Pulai).. Pasal tu lah mood jakun teramat huuu~
Dalam kereta: masih di simpang pulai
Yeay! Kami dah sampai
Serius..memang sangat cantik ^-^
Budak comot yang sedang teruja wooo
Saranghae..haha abaikan muka yang boolat itu ;p
Banyaknya Cactus..Suka Suka Suka
Woooow...sgt sgt suka..BESAR punya hehe
mamandang sepi bantal-bantal strawbery itu..saya nak! saya nak!
Yess...dapat jugak akhirnya (heppy tak terkata)
muka budak yang teruja dapat bantal strawbery =)
Fresh flower yang sangat murah...
Pokok bonsai: Yang ni NOT FOR SALE
Welcome: Tea House
Guess what?? rupa macam bontot ayam hehe... ini adalah strawbery bersalut coklat.
Rasa dia masam manis...okey2 la ;)
Aikk, ada lagi budak ni hehe
Kami dah nak balik.. Bye2 Cameron Highlands ;(
Hmm secara keseluruhannya, pada aku Cameron Highlands merupakan destinasi percutian tanah tinggi yang best...tak rugi datang tau... bagi yang pertama kali sampai di sini, mood mesti jakun mcm aku...sume benda aku nak tangkap gambar... Dan sejujur-jujurnya, tempat ni adalah destinasi bulan madu yang tepat sebab jauh dari hiruk pikuk kota, tenang, sejuk & boleh feeling2 macam kt oversea sekali hehe...
Tidak syak lagi, lepas ni aku akan datang lagi ke Cameron Highlands Insyaallah... Jadi, kepada siapa2 yang belum pernah sampai... Sila-silakan lah ya. Negara kita Malaysia mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik setanding dengan negara luar...Jadi jangan lepaskan peluang anda...hamboii, dah macam wakil agensi pelancongan dah aku ni.. daaaa!