Sunday 23 October 2011

~UnTuK yg BeRmiNaT BelaJar baHaSa KoReA SaJe~

Disebabkan terlalu fanatik dgn korea, apa kata kita belajar serba sedikit tentang bahasa korea ya!. Jenuh jgk mencari kot ada kamus BM-KOREA. Hampa, tarakk pun. Jadi aku kelebek pak cik google sampai lenguh2 tengkuk ni dan hasilnya jumpa lah dengan FB-Jom belajar bahasa Korea.. Memang terBAIK lah!

Jom jenguk2 perkataan apa yang aku jumpa...

Perkataan:

재미 ( jae-mi ) - seronok / fun / interesting

 시간 [si-gan] = time / masa

가다 [ga-da] = to go

가고 싶어요 [ga-go si-peo-yo] = i want to go .

보다 [bo-da] = to see

보고 싶어 = i want to see / miss you

먹다 [meok-da]= to eat

먹고 싶어요 [meok-go si-peo-yo] = i want to eat

맛있어요 [ma-si-sseo-yo] = Sedap / It’s tasty. It’s delicious.

맛없어요 [mad-eop-seo-yo] = Tak sedap 

Keluarga + Suku Sakat:

할아버지 ( harabeoji) - Datuk

할머니 ( halmeoni ) - Nenek

아빠(appa) / 아버지 ( a beoji) - ayah

엄마 ( eomma ) / 어머니 ( omoni ) - ibu / mak

형 ( Hyung ) - abang / digunakan untuk lelaki memanggil abang

오빠(oppa ) - abang / digunakan untuk perempuan memnggil abang

언니 ( unnie ) - kakak /   digunakan untuk perempuan memnggil kakak

누나 ( nuna ) -kakak  / digunakan untuk lelaki memnggil kakak

동생 ( dong saeng ) - adik

아저씨 ( ajoeshi ) -pak cik

이모 ( imo) - makcik

Anggota Badan:

머리 ( meo-ri ) - kepala

눈 (nun)- mata

코 ( ko ) - hidung

입 ( ip) - mulut

귀 (kwi ) -telinga

손 ( son ) - tangan

발 ( pal ) - kaki



   Peta: pening-pening lalat tengok haha



Pulau Jeju: rasa mmg ni lah pulau jeju walaupun xpernah pegi ;p



Bahasa Melayu di IPTS (Bahagian I)

Usaha untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan terutamanya di institusi pendidikan tinggi swasta mengalami perubahan status apabila Akta Pendidikan 1996 diluluskan oleh Parlimen Malaysia.    Menurut tafsiran Seksyen 2 dan seksyen berkenaan dalam Akta 1996, bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di mana-mana institusi pendidikan lain.
Peruntukan tersebut jelas menunjukkan bahawa kedudukan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar telah mengalami perubahan dan dilihat semakin terancam.   Kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia  melalui Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 pula menghendaki bahasa kebangsaan digunakan untuk maksud rasmi. Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kekecualian, iaitu dengan syarat bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.     
            Berdasarkan perkara ini, mahkamah pernah memutuskan, dalam kes Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia, bahawa oleh sebab tiadanya perkataan “in” (dalam), maka hak untuk mengajar “dalam” bahasa Cina atau sesuatu bahasa lain, selain bahasa Melayu tidak dibenarkan dan bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 
Pengiktirafan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat melalui Seksyen 16 Akta 1996. Oleh sebab IPS merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, maka IPS mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa penghantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan atau memohon kecualian mengikut seksyen 17 akta berkenaan. Dengan perkataan lain, IPS mempunyai kebebasan seluas-luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa penghantar. Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat bahasa Melayu sekali gus melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan.    
 Tetapi berapa keratlah daripada kita yang peduli dengan semua ini? Perkembangan pesat institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di negara ini nampaknya memudaratkan lagi kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. IPTS boleh dianggap sebagai penyelamat kepada mereka yang tidak begitu mementingkan pencapaian yang baik dalam Bahasa Melayu.
Kelulusan Bahasa Melayu ini tidak mempunyai nilai langsung jika pelajar mengambil program yang ditawarkan dengan kerjasama universiti luar negara. Malah Persatuan Kolej-Kolej Swasta Malaysia (MAPCO) sendiri mengakui Bahasa Melayu bukanlah keutamaan untuk seseorang melanjutkan pelajaran ke IPTS.
Perkara yang penting ialah kredit yang baik dalam mata pelajaran lain dan bersesuaian dengan program yang dipohon. Satu tamparan kepada Bahasa Kebangsaan, tetapi kita menutup sebelah mata terhadap penghinaan ini kerana kita begitu dibayangi dengan kehebatan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa dunia. Oleh itu, bahasa Inggeris diangkat menjadi bahasa pengantar dan ini pula bukan satu "dosa', walaupun kita telah mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu di IPTS bukanlah satu kesalahan kerana Akta IPTS 1996 sendiri yang menghalalkannya, terutamanya jika sesebuah IPTS itu mempunyai pelajar asing. Inilah budaya yang sentiasa ditanam dalam jiwa rakyat negara ini. Sentiasa memuliakan tetamu walau sering kali akhirnya hak kita sendiri terkorban.
Melihat dari satu segi, Seksyen 75 sebenarnya tidak memberikan apa-apa kuasa kepada Menteri dalam menghendaki pengajaran mata pelajaran tertentu yang relevan dalam konteks pendidikan bersepadu dan kenegaraan di peringkat menengah atas kerana Menteri hanya boleh meminta (may require) institusi pendidikan swasta untuk mengajarkan mata pelajaran bahasa kebangsaan apabila bahasa lain digunakan sebagai bahasa penghantar. Hal ini bermakna bahawa Menteri tidak diberi kuasa yang jelas untuk membolehkan pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan. Selain itu, bahasa Melayu hanya diajarkan sebagai mata pelajaran tambahan di samping mata pelajaran lain yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi swasta. Kesan lain yang ketara ialah bahasa Melayu mungkin tidak mempunyai tempat dalam kurikulum pendidikan swasta kerana bukan sahaja boleh tidak menjadi bahasa penghantar tetapi boleh juga tidak menjadi bahasa wajib. Malah, kedudukannya sebagai bahasa pilihan sebagai bahasa asing tidak disebut sama sekali.Wallahualam...

Friday 21 October 2011

~KPOP~

choi siwon
Jang Geun Suk

Lee Seung Gi
Lee Dong Wook
Lee Min Ho

Hahahaha...gelak jahat! Akhirnya berjaya jgk upload gambar pojaan hati ku ini
Comel kn mereka ni...

KPOP... memang sekarang ni hangat diperkatakan di negara kita... 
Tarikan utamanya tentulah pada wajah comel hero & heroinnya kan kan... Super Like!! ngeee~
Teringat lg zaman muda dolu2, drama dari Hong Kong & Taiwan yang selaluku tonton saban hari...tiap2 petang pasti melekat dpn tv2 & tv3. Genre yang diminati waktu tu Kung Fu & Penyiasatanlah hiyarrkkk! Wacha!
Tapi bermula dgn drama Winter Sonata, tak ingat thn berapa 2000+ kegilaan beralih pula ke negara yang terkenal dgn Pulau Jeju & Nami itu... Mungkin juga tema percintaan yang suci dalam setiap drama mereka membuatkan kaum wanita terutamanya tersentuh. (termasuk akulah tu kuikuikui)
Sampai skrg pun drama2 dari korea masihku tonton dgn jayanya. Antara drama yg jadi koleksi dlm simpananku:
i- My Girl
ii- Full House
iii- My Little Bride
iv-Witch Yoo He
v-My Girlfriend Is Gumiho
vi-You Are Beautiful
vii-Secret Garden
Okey, cukuplah tu...tak larat dah nak taip huu~
p/s-minat tu minat jgk tp jangan sampai terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Terutama kalau seseorang tu masih belajar, terlampau leka tonton drama korea kadang-kadang boleh menyebabkan jadi lalai... Jadi, beringat-ingat lah ya! ;)









Bulan Bahasa Kebangsaan...

Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998). Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan sebagai satu kesinambungan usaha yang berterusan ke arah memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu sebagaimana yang termaktub dalam Fasal 152, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Perlembagaan Persekutuan. Mulai tahun 2009 juga kerajaan telah bersetuju  BBK  disambut pada bulan Oktober setiap tahun dan dimasukkan ke dalam kalendar aktiviti nasional.

Pelbagai aktiviti menarik telah direncanakan seperti Kenduri Bahasa, Pertandingan Bercerita dan Bijak Bahasa untuk pelajar, pertandingan kesenian pelbagai kaum, bicara tokoh/pejuang bahasa, Pertandingan Berbalas Pantun antara IPTA, Pertandingan Pidato, Khemah Bahasa, Sayembara  Deklamasi Puisi, Pertandingan Eja Tulisan Jawi, Festival Teater Pendek, pementasan bangsawan dan teater serta banyak lagi.

Sumber: vectorise.net/.../2011/05/.../bulan-bahasa-kebangsaan
              klikweb.dbp.my

Bahasa Melayu merupakan satu instrumen yang memainkan peranan penting sebagai agen pembentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kehebatan bahasa Melayu telah bermula semenjak era kegemilangan kesultanan Melayu Melaka apabila bahasa Melayu pernah diangkat sebagai Lingua Franca dan dikenali di seluruh dunia. 
Kedudukan bahasa Melayu di Malaysia telah diperkukuhkan apabila dipilih menjadi bahasa kebangsaan negara & termaktub dalam perkara 152 perlembagaan persekutuan.  
Dalam bidang pendidikan pula, Laporan Razak telah dikemukakan pada tahun 1956 dan mencadangkan agar bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah. Seterusnya  Laporan Razak ini telah dikaji semula dan lahirlah Penyata Rahman Talib pada tahun 1960. Antara syor yang dicadangkan dalam penyata ini ialah:
•BM dijadikan bahasa pengantar di Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, dan Institusi
 Pengajian Tinggi
•Semua peperiksaan dalam bahasa Melayu
•Calon wajib lulus bahasa Melayu untuk masuk kesekolah menengah.

Oleh hal yang demikian, bersempena dengan bulan bahasa pada bulan Oktober ini ayuhlah
semua rakyat Malaysia kita berikan sokongan yang padu dalam menyemarakkan lagi
sambutan bulan bahasa. Sayangilah bahasa kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa!

    Lagu Bahasa Jiwa Bangsa:
  Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia
dengan Satu Bahasa

Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa


Gambar bersama anak didik sempena sambutan Hari Bahasa di Kolej semester lepas

 Ni pula gambar AJK bersama pemenang kategori Pidato
Saja nak letak gambar mereka ni huhuhu
 

Ibadah Haji... Allahuakbar!!

Ibadah haji merupakan suatu kewajipan bagi umat Islam yang sudah sanggup untuk melaksanakannya, baik itu secara jasmani mahupun secara rohani, sanggup di sini menunjukkan kepada kesanggupan untuk menyediakan bekal selama perjalanan sampai pulang ke negerinya kembali. Begitu juga sanggup di sini bererti mempunyai harta untuk keluarga yang dtinggalkannya selama melaksanakan ibadah haji. Seorang fakir yang tidak mempunyai harta untuk diri dan kelurganya maka tidaklah wajib baginya melaksanakan ibadah haji. Begitu juga ketika seseorang memiliki harta yang cukup untuk bekalan tetapi tidak ada kenderaan untuk pergi melaksanakan ibadah haji kerana tempatnya yang jauh dan tidak dapat ditempuh dengan berjalan kaki maka tidaklah wajib baginya ibadah haji. Begitu juga walaupun ada kenderaan tetapi perjalanannya tidak aman atau akan mendapatkan bermacam bahaya maka tidaklah juga wajib baginya untuk melaksanakan ibadah haji. 

Peri pentingnya ibadah haji ini, Rasulullah sangat menganjurkan ibadah ini dengan mengumpamakan bagi seorang yang sudah melaksanakan ibadah haji akan suci sebagaimana seorang bayi yang baru dilahirkan ke muka bumi, begitu juga bagi orang yang melaksanakan ibadah haji dan ia memperoleh haji yang mabrur, maka dia akan mendapat balasan syurga, sebagaimana yang dijelaskan hadits yang kita bacakan tadi.  
Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 197:" (Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan Haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan  di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal. (QS. 2:197).

Sumber: http://alhijrah.cidensw.net

Alhamdulillah... kita semakin menghampiri bulan Zulhijjah yang penuh kemuliaan... Sememangnya ibadah haji merupakan rukun Islam yang ke 5 dan sangat dituntut bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan & kesihatan.  Alangkah ruginya jika kita mempunyai mentaliti "ala... tunggu umur 50 atau 60 la baru pergi haji". Ingat ya, sementara umur masih muda dan kesihatan masih baik inilah kita seharusnya mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah haji (bagi yang berkemampuanlah). Cuba kita ubah mentaliti ni wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian. Peringatan ini ditujukan untuk diri sendiri juga...tapi sayangnya masih belum mampu lagi.. Niat memang sudah tertanam jauh di sudut sanubari, InsyaAllah jikalau ada rezki pasti kaki ini akan menjejaki Makatul Mukaramah jua bersama keluarga tercinta. Aminn...

Tanah suci... tumpuan umat Islam dari seluruh dunia!
Proud to be MUSLIM!!!

MaRi KiTa BerBoling!!!

Ermm....rasanya lama sungguh tak main game ni... Smenjak kwn2 dh ada komitmen masing2 payah jgk nk jumpa & brkumpul mcm dulu...
Ingat lg time study kalau rasa tension & bosan terAMAT, my bff Angah mst bg idea bergeliga jom berboling or berkarok.. Semestinya tempat yg mnjadi pilihan south city plaza/ the mines... murah kot!!!haha

Hmmm layankan beberapa gambar ni....

Wooo, pic sebelum buat balingan maut... Fighting!!!
Wakaka...walaupun balingan maut tu tak seberapa, tp kpuasan tu mmg jelas ternyata!!!
tu aje la kemerepekan entry kali ni...bosan kot duduk rumah sorang2 huuu~


Thursday 20 October 2011

Bunga Oh Bunga...


wah2...cantik sungguh... ni antara aktiviti tahunanlah
every year mmg tak kan lepaskan peluang utk berkunjung ke pesta flora, putrajaya
kalau tak percaya, trylah pergi tgk sendiri... mesti teruja tgk bunga2 yg cantik & comel huhuhu

KoNvO KpTm 15-16 OKT 11- PeNdiDik Yg GiLeR bErgamBo!

Tu dia... muka2 keterujaan para pendidik di kolejku... smbil tunggu perarakan akademik, sempat lg berposing sakan kt luar dwn PICC, putrajaya =)

riang-ria =)


KeCeriaaN bErgaNda...2010


masa ambik jubah konvo ni mmg excited sgt sbb jmpa dgn kwn2...hbs smua tmpat kami posing!!! yihhoooo miss u all damn much!!!